Tuesday, 3 November 2015

JIJI



Dear Jiji,

You’re the first person the first stranger that I knew in CFS. You’re also the first and the only one who saw me crying on our first day that we met. Sounds special right? Yelah hari first, kau dah nampak macam mana perangai aku haha. Surprisingly, I’m crying in front of you, stranger. Kita roommate setiap sem, Jiji. Setiap sem. The only one. You know me very very well. You know everything about me. Apa yang aku suka makan aku suka minum aku suka buat aku suka siapa hihihi semua lah. Apa yang aku tak suka pun kau tahu.

We are totally different tapi perbezaan tu yang buat kita rapat. Apa orang kata, menyempurnakan antara satu sama lain haaaa camtu haha. I don’t really know about Japanese food, movies, drama and so on before but now, I do. Kau siap paksa aku makan makanan Jepun semua hmm it’s such a good memories ever. Watching you doing something with your laptop like a hacker pehh first time tau bagi aku tengok tu semua. Hebat kau jiji. Aku bertuah sebab kau ada tolong aku bila phone ke laptop aku ke ada problem. Kau siap ajar aku macam macam jiji, termasuklah main keyboard. Best ah.

I’m glad I’m very thankful that you came to my life. Terima kasih Jiji sebab jadi kawan aku yang setia dengar cerita aku yang tak pernah habis setiap hari, layan perangai pelik aku, layan emosi aku yang kadang-kadang nangis kadang-kadang ketawa, layan segala-galanya lah pasal aku. Aku sedar aku ni buat-buat matang padahal tak. Aku nak jadi matang tau Jiji hehe. Then, teman aku tengok wayang cerita feveret aku maze runner sampai scorch trials pun kita tengok sama-sama gak. Layan movie kat bilik, gelak ketawa nangis semua. Lepak koridor tagih wifi. Eish banyak lagi sampai tak tertaip ni haa. Ahhhhh rindu hmm. Aku mintak maaf Jiji atas salah silap aku yang aku tak sedar selama ni. Terima kasih banyak-banyak Jijiiiiiiiiiiiiiiiiii. Terima kasih atas semua memori-memori pahit manis kita bersama. Lepas ni mungkin kita dah tak jadi roommate lagi tapi kita akan buat memori-memori baru. Insya Allah.

p/s: Aku dah takde dah nak jadi jam loceng kau setiap pagi tau :D Haa nanti kita jumpa, siap sedia lah nak dengar cerita aku, banyak ni hahaha Sebenarnyakan, aku nak edit letak lagu kasi feeling sikit tapi line slow pulak haih


Love, Anis Shuhada.

Sunday, 20 September 2015

iShip Ohana


We keep this love in a photograph 
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
Times forever frozen still

Kami dah macam satu family, classmates paling rapat selama duk kat cfs ni :'( Makin rapat sebab kami buat projek sesama, pergi Melaka bersama, kenangan paling indah yang tak mungkin dapat kami lupakan. 

Macam-macam usaha kami buat nak sampai Melaka tu hmmmmm sedih sem ni dah nak habis. Kami meeting, lepak sesama hampir setiap hari. Serius kami dah macam family ya Allah sedihhnyeeeee :'(

K tak sanggup nak teruskan, too many memoriesssssssss :'( Biarlah semua kenangan ni tersemat dalam hati dan ingatan masing-masing :'( Semoga Allah kekalkan hubungan kami sampai ke syurga, Aminn

Tuesday, 18 August 2015

Positif

Assalamualaikum.

Bila kita tengah stress, dapat kerja yang bertimbun-timbun, assignments dan semuanya lah dalam erti kata lain kita boleh cakap ni ujian sebenarnya. Apa yang aku hadapi 2 minggu yang lepas, aku ade midterm exam, assignments yang kena hantar, consultation dengan madam, demostration untuk kelas public speaking dan banyak lagi sampai tak tertaip. Masa tu aku down gila, stress rasa macam nak lari masuk dunia lain, tidur tak cukup.

Dekat sini. of course lah kan berjauhan dengan family, so aku ada roommate aku yang setiap hari terpaksa dengar luahan hati aku, bebelan aku, and paling teruk, aku ternangis depan dia masa aku bercerita dengan dia, malu jugak lah, tapi nasiblah tak boleh tahan. Aku hargai sangat rela tak rela dia sanggup layan aku. Aku hargai sangat-sangat. Satu hari nanti aku balas jasa dia. 

Paling penting sekali, kita yang kena fikir positif. Kalau bukan kita yang handle diri kita sendiri, kita nak harapkan siapa lagi kan? Kawan kita cuma tempat kita luahkan perasaan kita untuk mengurangkan beban kita. Kita tak bergantung pada orang lain. Aku selalu fikir positif. Aku fikir semua ujian ni Allah bagi nak suruh aku jadi kuat. Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuannya. Aku tahu melalui kesusahan ni, Allah akan bagi sesuatu yang baik satu hari nanti. Be positive guys. Aku bersyukur yang aku dapat alami semua ni, at least aku tahu macam mana rasa susah, nak handle macam mana, pengalaman.

Banyakkan berdoa. Menangis lah depan Allah. Sebenarnya, Allah hantarkan ujian pada kita sebab Dia rindu dengan kita, rindu nak dengar kita merayu, berdoa padaNya. Mungkin kita tak sedar yang kita dah lalai sebelum ni. Aku sedar aku lalai sebelum ni, sebab tu Allah hantarkan ujian tu. Masya Allah.

Aku lega sebab aku dapat hadapi semua tu. Aku berterima kasih pada Allah kerana berikan aku kekuatan untuk menghadapi semuanya.

Thursday, 30 July 2015

Mental breakdown

Assalamualaikum.

Hmm, minggu ni memang minggu yang buat aku jadi mental breakdown. SERIOUSLY. I want to cry but I cant. Segan nak nangis depan member. Tapi kalau aku tak tahan, memang aku nangis je. Ya Allah..

First sekali, impromptu untuk kelas public speaking. Ya Allah Ya Rabbi. Aku bukan jenis yang boleh cakap kat depan on the spot. Aku bukan macam tu. At least aku kena draft dulu apa yang aku nak cakap. Bagi masa 1 minit untuk fikir, aku tak boleh. Aku nervous. Then, aku dapat topik yang aku tak sangka. Aku cakap je apa yang terlintas masa tu. Lepas ni aku ada lagi beberapa task untuk public speaking. May Allah ease everything :'( Aku perlukan at least 2 3 hari tau nak move on. Memang focus dalam kelas pun hilang disebabkan ni.


Tak cukup dengan public speaking, draft essay aku pulak kena rejected. Istighfar banyak banyak anis. Madam suruh buat semula. It is my fault actually. Aku yang tak masukkan islamic perspectives dalam tu, Sebab tu kena rejected. Come on anis, ni kan UIA. 

Selain benda ni, banyak lagi kerja lain yang aku kene siapkan, prepare untuk mid-term lagi, discussion untuk project hampir setiap malam, kuiz, assignments.... Ya Allah Ya Rabbi. Bila terfikir semua ni, aku nak pengsan rasa. Serius weh serius. Roommate aku lah yang terpaksa bagi kata-kata semangat kat aku setiap hari. Aku tak boleh nak fokus dalam kelas. :'( Alhamdulillah, kuat lagi. Kata-kata semangat dr mak ade, bestfriends ade, aku syukur.

Mujur aku masih boleh ketawa, tersenyum. Kalau tak memang kritikal dah ni. Bila ade perkara yang gembira, sekejap je aku rasa bahagia tu sebab benda-benda ni mula bermain semula dalam kepala aku. Aku cuma fikir positif di sebalik ni ada hikmah, Allah nak suruh aku usaha lagi, Allah nak aku susah dulu, ni ujian yang Allah bagi, Allah tahu semuanye anis. Teruskan berdoa (cakap utk diri sendiri) Aku harap Allah mudahkan hari-hari aku yang akan datang. Aku selalu berdoa bila aku rasa susah sepanjang hari, aku harap sebelum aku tidur malamnya, biarlah ada something yang buat aku gembira walaupun sekali. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku, Amin..


Thursday, 18 June 2015

1st Ramadhan & 19th birthday

Assalamualaikum.


Today is the first day of Ramadhan. Harap dapat buat amal ibadah sebanyak yang boleh, insya Allah. 

Tak tahu nak describe perasaan ni macam mana bila birthday sama dengan first ramadhan. Rasa macam seriously hmm mcm gembira sangat sebab sambut birthday pada hari yang sangat mulia 😭 But i can feel that this ramadhan is totally different than before. Mungkin sebab birthday mungkin sebab nak berubah nak jadi baik mungkin sebab memang dah tunggu ramadhan ni, bulan yang mulia. Tak boleh nak jelaskan dengan lebih mendalam actually haha

Terima kasih siapa yang wish ;D Yang wish awal yang wish lambat, aku hargai semuanya. Ade yang lupa pastu baru ingat malam2 buta,  its okay. Tak kecik hati pun. I love u guys. Sekarang dah official 19.

19? Boleh tak nak cakap yg kita nak umur 18 selamanya. Hahahahaha. Selama 19 tahun aku hidup, umur 18 tahun aku paling suka, syg nak tinggalkan sebab umur tu tak rasa muda tak rasa tua, tarikh birthday pun 18. Pastu banyak lagi benda yang berlaku yang aku je yang tahu. I love 18 <3

"Terima kasih mak sebab melahirkan akak 19 tahun yang lalu."

Aku balas mesej mak aku dalam keadaan mata bergenang dengan air mata ;( Aku rindu family aku #homesick. Drpd form 1 sampai sekarang, last sem asasi pun homesick lagi. Tak dapat nak jauhkan dr family lagi. Cemana nak kawen ni? Hahahaha jk. Tapi mujur hati aku kental taw. Harap ade member kiri kanan so tahan je lah air mata ni. Wow anis kuat..

Saturday, 13 June 2015

New semester and insya Allah last semester

Assalamualaikum.


So, dah start semester baru dengan mahallah baru, bilik baru, roommate baru, classmate baru, pergh semua baru. Tengah biasakan diri dengan semua benda baru ni. 

Yes, that building with atap biru is my hostel aka mahallah. Not bad lah. First time dapat tahu kena pindah Mahallah Fatimah Az-zahra ni, nak mengamuk rasa hahaha siap kene bebel lagi dgn mak abah sebab banyak songeh tau tak duduk lagi dah banyak komen. Bila dah duduk then i know best lah jugak.

Disebabkan ni last semester aku kat cfs, aku nak hargai semua yang ada. Antaranya bangunan2 yang bagi aku unik sangat. Madam Norliza pernah cakap dulu yang bangunan macam smawp 2, 3, Blok E semua tu dah lama so sementara bangunan tu ada lagi (satu hari nanti mesti kene roboh kan sbb dah lama) ambiklah gambar kenangan sebanyak yang mungkin.

Smawp 3


Setiap kali aku kelas kat sini, lagi lagi Blok E, rasa macam duk kat kampung sebab semuanya kayu haha kay.

Bilik aku paling hujung and dalam bilik tak dapat wifi pun tau, nak wifi kena lepak kat luar bilik cis. Nampak gayanya, masa aku akan banyak terluang dengan buku lah, wifi dah takde hahahaha

Monday, 25 May 2015

Friendship ; close friends, girlfriends, boyfriends

Assalamualaikum



Hmm. Cakap pasal kawan, ni apa yang aku alami sendiri lah kan dan aku percaya yang kita semua pun sebenarnya alami benda yang sama, kita ada macam-macam jenis kawan :D Tapi yang aku nak update ni general je lah, takde lah specific sangat.

I do have all those kind of friends. Close friends ni kawan yang kita memang open gila selamba badak bergurau tak tentu arah buat gila takde hal punya haaaa HAHAHA. Rahsia kita pun dorang tahu lah jugak. Manusia-manusia camnilah yang kita selesa nak berborak pasal apa-apa pun. Everything. Okay, aku di CFS IIUM, ada kawan camni, satu je aku cakap yang kami tak boleh bersama semua sekali dalam satu masa, boleh runtuh bangunan hahaha k over (well, perempuan kan, boleh bayang bisingnya macam mana) tapi itu yang buat aku gembira ;)

Tapi tapi tapi, kita kena berhati-hati bila berkawan baik dengan berlainan jantina. Bukan apa, hati ni kita bukan boleh kawal sangat, kang benda lain yang jadi. Sebaiknya, kalau tetiba ada perasaan tu , senyap je lah, percayalah lama-lama bila syaitan tu dah penat hasut kau suruh buat benda-benda yang tak elok tp kau buat tak tahu je, syaitan bengang dia stop lah, perasaan tu pun sikit-sikit hilang. Peace ;D

Tapi setakat ni, aku memang pasti sangat yang aku cuma ada seorang je best best best friend ever. Dia of course seorang perempuan lah kan, tahu hampir semua pasal hidup aku. Dalam susah senang sentiasa bersama, susah tau nak cari kawan macam ni. I'm glad that i have one :') Walaupun, sekarang kami tak sama universiti, tapi still contact bila ada masalah. Aku mengadu dekat dia bukan apa sebab semua masalah aku dia je yang tahu, orang lain tak tahu. Its actually, kawan yang kita selesa untuk share masalah peribadi kita. Bukan kawan yang sebulan dua baru kenal tau, ni yang dah bertahun.

Girlfriend / boyfriend. Guys, I am not talking abt that makwe pakwe bagai tu tau. Ni pasal kawan tau, kawan :D For sure, kita ade ramai sangat kawan lelaki mahupun perempuan yang tak kira umur kan? Yang ni biasenye, mase senang bersepah, masa susah wallahu'alam, ada je yang bersama dengan kita actually. Tapi yang pasti kawan-kawan ni jugaklah yang menceriakan hari-hari kita, masa program ke masa kelas ke dalam group whats app kelas ke kannn, aku selalu terhibur dengan kawan-kawan aku haha.

No matter what kind of friends i have, I LOVE ALL OF THEM.

Friday, 22 May 2015

Kembali 'berblogging'

Assalamualaikum.


Akhirnya, aku kembali ke dunia blogging setelah sekian lama meninggalkan blog yang lama. Blog yang lama aku dah delete, sebab seriously blog tu mengarut kahkah. Tu blog zaman sekolah menengah lah, zaman tak matang xD. Tapi nak kata blog ni akan bagi manfaat 100% pun aku tak boleh nak jamin, aku cuba lah kan nak bagi manfaat kat korang yang baca blog ni.

Sebab-sebab yang membuatkan aku nak blogging semula hmm sebab rasa rindu kot nak ade blog macam dulu (?) Hahahaha ceh rindu. Lagipun ramai pulak orang-orang yang aku kenal ade blog. So of course lah, aku nak follow kan :D

Kalau ikut blog lama, aku memang suka pakai blogskin tapi kali ni tak, aku just adjust warna tulisan gitu je. Aku malas nak pakai blogskin sbb bagi aku leceh sikit benda alah tu. Kenapa pink? Sebab aku suka pink hahahahahaha kbai.