Monday, 25 May 2015

Friendship ; close friends, girlfriends, boyfriends

Assalamualaikum



Hmm. Cakap pasal kawan, ni apa yang aku alami sendiri lah kan dan aku percaya yang kita semua pun sebenarnya alami benda yang sama, kita ada macam-macam jenis kawan :D Tapi yang aku nak update ni general je lah, takde lah specific sangat.

I do have all those kind of friends. Close friends ni kawan yang kita memang open gila selamba badak bergurau tak tentu arah buat gila takde hal punya haaaa HAHAHA. Rahsia kita pun dorang tahu lah jugak. Manusia-manusia camnilah yang kita selesa nak berborak pasal apa-apa pun. Everything. Okay, aku di CFS IIUM, ada kawan camni, satu je aku cakap yang kami tak boleh bersama semua sekali dalam satu masa, boleh runtuh bangunan hahaha k over (well, perempuan kan, boleh bayang bisingnya macam mana) tapi itu yang buat aku gembira ;)

Tapi tapi tapi, kita kena berhati-hati bila berkawan baik dengan berlainan jantina. Bukan apa, hati ni kita bukan boleh kawal sangat, kang benda lain yang jadi. Sebaiknya, kalau tetiba ada perasaan tu , senyap je lah, percayalah lama-lama bila syaitan tu dah penat hasut kau suruh buat benda-benda yang tak elok tp kau buat tak tahu je, syaitan bengang dia stop lah, perasaan tu pun sikit-sikit hilang. Peace ;D

Tapi setakat ni, aku memang pasti sangat yang aku cuma ada seorang je best best best friend ever. Dia of course seorang perempuan lah kan, tahu hampir semua pasal hidup aku. Dalam susah senang sentiasa bersama, susah tau nak cari kawan macam ni. I'm glad that i have one :') Walaupun, sekarang kami tak sama universiti, tapi still contact bila ada masalah. Aku mengadu dekat dia bukan apa sebab semua masalah aku dia je yang tahu, orang lain tak tahu. Its actually, kawan yang kita selesa untuk share masalah peribadi kita. Bukan kawan yang sebulan dua baru kenal tau, ni yang dah bertahun.

Girlfriend / boyfriend. Guys, I am not talking abt that makwe pakwe bagai tu tau. Ni pasal kawan tau, kawan :D For sure, kita ade ramai sangat kawan lelaki mahupun perempuan yang tak kira umur kan? Yang ni biasenye, mase senang bersepah, masa susah wallahu'alam, ada je yang bersama dengan kita actually. Tapi yang pasti kawan-kawan ni jugaklah yang menceriakan hari-hari kita, masa program ke masa kelas ke dalam group whats app kelas ke kannn, aku selalu terhibur dengan kawan-kawan aku haha.

No matter what kind of friends i have, I LOVE ALL OF THEM.

Friday, 22 May 2015

Kembali 'berblogging'

Assalamualaikum.


Akhirnya, aku kembali ke dunia blogging setelah sekian lama meninggalkan blog yang lama. Blog yang lama aku dah delete, sebab seriously blog tu mengarut kahkah. Tu blog zaman sekolah menengah lah, zaman tak matang xD. Tapi nak kata blog ni akan bagi manfaat 100% pun aku tak boleh nak jamin, aku cuba lah kan nak bagi manfaat kat korang yang baca blog ni.

Sebab-sebab yang membuatkan aku nak blogging semula hmm sebab rasa rindu kot nak ade blog macam dulu (?) Hahahaha ceh rindu. Lagipun ramai pulak orang-orang yang aku kenal ade blog. So of course lah, aku nak follow kan :D

Kalau ikut blog lama, aku memang suka pakai blogskin tapi kali ni tak, aku just adjust warna tulisan gitu je. Aku malas nak pakai blogskin sbb bagi aku leceh sikit benda alah tu. Kenapa pink? Sebab aku suka pink hahahahahaha kbai.