Thursday, 18 June 2015

1st Ramadhan & 19th birthday

Assalamualaikum.


Today is the first day of Ramadhan. Harap dapat buat amal ibadah sebanyak yang boleh, insya Allah. 

Tak tahu nak describe perasaan ni macam mana bila birthday sama dengan first ramadhan. Rasa macam seriously hmm mcm gembira sangat sebab sambut birthday pada hari yang sangat mulia 😭 But i can feel that this ramadhan is totally different than before. Mungkin sebab birthday mungkin sebab nak berubah nak jadi baik mungkin sebab memang dah tunggu ramadhan ni, bulan yang mulia. Tak boleh nak jelaskan dengan lebih mendalam actually haha

Terima kasih siapa yang wish ;D Yang wish awal yang wish lambat, aku hargai semuanya. Ade yang lupa pastu baru ingat malam2 buta,  its okay. Tak kecik hati pun. I love u guys. Sekarang dah official 19.

19? Boleh tak nak cakap yg kita nak umur 18 selamanya. Hahahahaha. Selama 19 tahun aku hidup, umur 18 tahun aku paling suka, syg nak tinggalkan sebab umur tu tak rasa muda tak rasa tua, tarikh birthday pun 18. Pastu banyak lagi benda yang berlaku yang aku je yang tahu. I love 18 <3

"Terima kasih mak sebab melahirkan akak 19 tahun yang lalu."

Aku balas mesej mak aku dalam keadaan mata bergenang dengan air mata ;( Aku rindu family aku #homesick. Drpd form 1 sampai sekarang, last sem asasi pun homesick lagi. Tak dapat nak jauhkan dr family lagi. Cemana nak kawen ni? Hahahaha jk. Tapi mujur hati aku kental taw. Harap ade member kiri kanan so tahan je lah air mata ni. Wow anis kuat..

Saturday, 13 June 2015

New semester and insya Allah last semester

Assalamualaikum.


So, dah start semester baru dengan mahallah baru, bilik baru, roommate baru, classmate baru, pergh semua baru. Tengah biasakan diri dengan semua benda baru ni. 

Yes, that building with atap biru is my hostel aka mahallah. Not bad lah. First time dapat tahu kena pindah Mahallah Fatimah Az-zahra ni, nak mengamuk rasa hahaha siap kene bebel lagi dgn mak abah sebab banyak songeh tau tak duduk lagi dah banyak komen. Bila dah duduk then i know best lah jugak.

Disebabkan ni last semester aku kat cfs, aku nak hargai semua yang ada. Antaranya bangunan2 yang bagi aku unik sangat. Madam Norliza pernah cakap dulu yang bangunan macam smawp 2, 3, Blok E semua tu dah lama so sementara bangunan tu ada lagi (satu hari nanti mesti kene roboh kan sbb dah lama) ambiklah gambar kenangan sebanyak yang mungkin.

Smawp 3


Setiap kali aku kelas kat sini, lagi lagi Blok E, rasa macam duk kat kampung sebab semuanya kayu haha kay.

Bilik aku paling hujung and dalam bilik tak dapat wifi pun tau, nak wifi kena lepak kat luar bilik cis. Nampak gayanya, masa aku akan banyak terluang dengan buku lah, wifi dah takde hahahaha