Thursday, 30 July 2015

Mental breakdown

Assalamualaikum.

Hmm, minggu ni memang minggu yang buat aku jadi mental breakdown. SERIOUSLY. I want to cry but I cant. Segan nak nangis depan member. Tapi kalau aku tak tahan, memang aku nangis je. Ya Allah..

First sekali, impromptu untuk kelas public speaking. Ya Allah Ya Rabbi. Aku bukan jenis yang boleh cakap kat depan on the spot. Aku bukan macam tu. At least aku kena draft dulu apa yang aku nak cakap. Bagi masa 1 minit untuk fikir, aku tak boleh. Aku nervous. Then, aku dapat topik yang aku tak sangka. Aku cakap je apa yang terlintas masa tu. Lepas ni aku ada lagi beberapa task untuk public speaking. May Allah ease everything :'( Aku perlukan at least 2 3 hari tau nak move on. Memang focus dalam kelas pun hilang disebabkan ni.


Tak cukup dengan public speaking, draft essay aku pulak kena rejected. Istighfar banyak banyak anis. Madam suruh buat semula. It is my fault actually. Aku yang tak masukkan islamic perspectives dalam tu, Sebab tu kena rejected. Come on anis, ni kan UIA. 

Selain benda ni, banyak lagi kerja lain yang aku kene siapkan, prepare untuk mid-term lagi, discussion untuk project hampir setiap malam, kuiz, assignments.... Ya Allah Ya Rabbi. Bila terfikir semua ni, aku nak pengsan rasa. Serius weh serius. Roommate aku lah yang terpaksa bagi kata-kata semangat kat aku setiap hari. Aku tak boleh nak fokus dalam kelas. :'( Alhamdulillah, kuat lagi. Kata-kata semangat dr mak ade, bestfriends ade, aku syukur.

Mujur aku masih boleh ketawa, tersenyum. Kalau tak memang kritikal dah ni. Bila ade perkara yang gembira, sekejap je aku rasa bahagia tu sebab benda-benda ni mula bermain semula dalam kepala aku. Aku cuma fikir positif di sebalik ni ada hikmah, Allah nak suruh aku usaha lagi, Allah nak aku susah dulu, ni ujian yang Allah bagi, Allah tahu semuanye anis. Teruskan berdoa (cakap utk diri sendiri) Aku harap Allah mudahkan hari-hari aku yang akan datang. Aku selalu berdoa bila aku rasa susah sepanjang hari, aku harap sebelum aku tidur malamnya, biarlah ada something yang buat aku gembira walaupun sekali. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku, Amin..