Tuesday, 18 August 2015

Positif

Assalamualaikum.

Bila kita tengah stress, dapat kerja yang bertimbun-timbun, assignments dan semuanya lah dalam erti kata lain kita boleh cakap ni ujian sebenarnya. Apa yang aku hadapi 2 minggu yang lepas, aku ade midterm exam, assignments yang kena hantar, consultation dengan madam, demostration untuk kelas public speaking dan banyak lagi sampai tak tertaip. Masa tu aku down gila, stress rasa macam nak lari masuk dunia lain, tidur tak cukup.

Dekat sini. of course lah kan berjauhan dengan family, so aku ada roommate aku yang setiap hari terpaksa dengar luahan hati aku, bebelan aku, and paling teruk, aku ternangis depan dia masa aku bercerita dengan dia, malu jugak lah, tapi nasiblah tak boleh tahan. Aku hargai sangat rela tak rela dia sanggup layan aku. Aku hargai sangat-sangat. Satu hari nanti aku balas jasa dia. 

Paling penting sekali, kita yang kena fikir positif. Kalau bukan kita yang handle diri kita sendiri, kita nak harapkan siapa lagi kan? Kawan kita cuma tempat kita luahkan perasaan kita untuk mengurangkan beban kita. Kita tak bergantung pada orang lain. Aku selalu fikir positif. Aku fikir semua ujian ni Allah bagi nak suruh aku jadi kuat. Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuannya. Aku tahu melalui kesusahan ni, Allah akan bagi sesuatu yang baik satu hari nanti. Be positive guys. Aku bersyukur yang aku dapat alami semua ni, at least aku tahu macam mana rasa susah, nak handle macam mana, pengalaman.

Banyakkan berdoa. Menangis lah depan Allah. Sebenarnya, Allah hantarkan ujian pada kita sebab Dia rindu dengan kita, rindu nak dengar kita merayu, berdoa padaNya. Mungkin kita tak sedar yang kita dah lalai sebelum ni. Aku sedar aku lalai sebelum ni, sebab tu Allah hantarkan ujian tu. Masya Allah.

Aku lega sebab aku dapat hadapi semua tu. Aku berterima kasih pada Allah kerana berikan aku kekuatan untuk menghadapi semuanya.