Tuesday, 6 June 2017

a little thing called love

Assalamualaikum.

Hai, update lagi hahaha biasalah bosan takde buat apa lepak sini lah nak membebel.

Ok ok, aku baru lepas layan cerita Thailand, First Love / A Little Thing Called Love / Crazy Little Thing Called Love. Lama dah cerita ni tahun 2010. Cerita ni famous, korang mesti tahu nye kan. Aku dah pernah tengok 2 3 tahun lepas tapi dah tak ingat sangat so aku tengok lah semula.

Feeling teruks gais! Aku rasa dulu takdelah feeling sangat haha tak tahu lah masa tu tengok masa tengah mengantuk ke apa ke sampai tak rasa apa xD Tapi kali ni macam boleh relate pulak. (EH?) Dah tengok hari ni, esok tengok lagi tapi skip2 lah kan. Tapi kenapa setiap kali tengok, aku nangis??

Kenapa nangis? Hahahaha. Aku rasa aku bayang kalau aku kat tempat perempuan (Nam) tu. Sedih weh :'((((( 3 tahun dia simpan perasaan suka dia, bila dah berani confess adumak laki (Shone) tu baru je bercinta dengan orang lain. Like baru seminggu. Ish kalaulah dia confess awal sebab laki tu pun sebenarnya dalam diam suka dekat dia jugak eeeeee tapi tak mengaku eeee geram tau lepastu jumpa balik lepas 9 tahun omg so loooongggg i cant lah, setia betul sanggup tunggu awwhh (just wondering is this thing betul-betul terjadi in real life?) Tapi yang bagusnya, dalam 3 tahun tu dia banyak berubah sebab laki tu macam jadi inspirasi dia lah nak belajar betul-betul semua something like that. Sebab cinta kot? Hmm

Aku cakap aku boleh relate sebab aku bila suka orang pun aku pendam sesorang, bila nak move on pun sesorang. Malas nak cerita dekat orang (tak cerita kat orang pun gosip tersebar gak sana sini, eh opss). So aku bayanglah kalau benda tu terjadi dekat aku like penat je pendam perasaan sesorang uish perit dohhhh hahahaha ok lah cukuplah tu meroyan tak nak lah cerita bebanyak kahkah Saje nak cerita apa yang aku boleh relate jeee

Part ni sedihhhh
Nah quote dari cerita ni;
"All of us have someone who is hidden in the bottom of the heart. When we think of him, we will always feel a little pain inside. But we still want to keep him."

Sunday, 4 June 2017

First year

Assalamualaikum

Aku tengah bosan gila mereput kat rumah tengah cuti sem takde buat apa so aku macam nak update something.

I just finished my first year degree. Lambat kan? Yeah I know. Kawan-kawan lain dah second year dah :D Ni sebab aku tukar course. Aku dah bazirkan satu sem aku dekat course yang aku tak nak. Takde lah membazir pun hihi aku suka je, still ilmu kan. Tapi masa tu memang belajar saje je, takde arah tuju like tak tahu kau boleh pergi mana kalau kau stay dengan course ni. Padahal macam-macam je boleh jadi bila dah grad. Mungkin sebab mindset dah tak nak, nak tukar course lain. Pointer pun hmmmmm kelaut hahahaha

Bila dah tukar course baru lah nampak masa depan tu. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala urusan nak tukar course tu, interview semua. Aku rasa jodoh aku memang dengan course ni. Haa lupa, aku tukar TESL. I bakal cikgu untuk anak-anak uolls. 

Sebab tu lah lambat setahun, tapi aku tak kisah pun sebab I know that I am doing the right thing. Aku rasa tenang, aku dapat rasa ni yang aku nak, semua positive yang aku tak rasa pun masa dengan course yang lama. Takdelah nak kata course ni senang ke apa, setiap course pun ada susah senang dia kan. Tapi bila study untuk exam tu nampak lah bersungguh. Sebab minat kot so pointer pun baek gak ah hihihi

Harap sampai grad, baik-baik saje semua nya aminn.