Sunday, 4 June 2017

First year

Assalamualaikum

Aku tengah bosan gila mereput kat rumah tengah cuti sem takde buat apa so aku macam nak update something.

I just finished my first year degree. Lambat kan? Yeah I know. Kawan-kawan lain dah second year dah :D Ni sebab aku tukar course. Aku dah bazirkan satu sem aku dekat course yang aku tak nak. Takde lah membazir pun hihi aku suka je, still ilmu kan. Tapi masa tu memang belajar saje je, takde arah tuju like tak tahu kau boleh pergi mana kalau kau stay dengan course ni. Padahal macam-macam je boleh jadi bila dah grad. Mungkin sebab mindset dah tak nak, nak tukar course lain. Pointer pun hmmmmm kelaut hahahaha

Bila dah tukar course baru lah nampak masa depan tu. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala urusan nak tukar course tu, interview semua. Aku rasa jodoh aku memang dengan course ni. Haa lupa, aku tukar TESL. I bakal cikgu untuk anak-anak uolls. 

Sebab tu lah lambat setahun, tapi aku tak kisah pun sebab I know that I am doing the right thing. Aku rasa tenang, aku dapat rasa ni yang aku nak, semua positive yang aku tak rasa pun masa dengan course yang lama. Takdelah nak kata course ni senang ke apa, setiap course pun ada susah senang dia kan. Tapi bila study untuk exam tu nampak lah bersungguh. Sebab minat kot so pointer pun baek gak ah hihihi

Harap sampai grad, baik-baik saje semua nya aminn.

No comments:

Post a Comment